16 February 2022

ADIK HELIZA NAFI DAKWAAN DILAMAR SHUIB



"Terkejut macam mana wujud gosip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.


"Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram... tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.

"Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi," itulah kata adik kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi yang menjelaskan khabar angin dia dilamar Shuib Sepahtu tidak benar sama sekali serta mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan apatah lagi dia tidak kenal pelawak itu secara peribadi.

Klik untuk gambar besar



Tiada angin tiada ribut, baru-baru tular di media sosial apabila Hazwani dikaitkan dengan Shuib. Hazwani berkata dia masih sibuk dengan pengajian serta meminta netizen supaya menapis berita yang dibaca di media sosial terlebih dahulu.

"Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu... zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu. Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak," ujarnya.

Menurut Hazwani, dia kini memberi tumpuan kepada pelajaran memandangkan dia masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang psikologi.



"Jauh lagi perjalanan saya. Sekarang saya nak habiskan pengajian saya dalam bidang psikologi. Insya-Allah, Ogos nanti saya akan tamat belajar," katanya.

Terbaru, Hazwani bakal membintangi filem bercorak perjuangan di Palestin berjudul 'Road to Heaven' dan akan bergandingan dengan kakaknya dan Josiah Lim.

Terdahulu, Shuib pernah ditanya beberapa media mengenai hubungan cintanya dan dikaitkan dengan beberapa nama wanita antaranya Hazwani dan penyanyi, Siti Nordiana.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: