16 February 2022

DENGAR SUARA DALAM FIKIRAN SAMPAI SUKAR TIDUR - ASHIRA ALAMI 'LONG C0V1D' PELIK



"Kesan C0V1D itu rasa dapat rasakan sehingga sekarang. Saya sukar untuk tidur dan ada masa sehingga pukul 6 pagi baru boleh lelapkan mata. Tak tahu apa yang difikirkan. Saya selalu rasa ada banyak suara yang bercakap dalam fikiran ini.


"Beberapa kali terjadi, air mata saya secara tiba-tiba mengalir ketika sedang makan," ujar penyanyi Ashira yang memberitahu dia masih mengalami kesan jangka panjang akibat C0V1D, selepas pernah dijangkiti virus berkenaan sekitar Ogos lalu.

Menurut Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, dia berdepan masalah sukar tidur dan fikiran terganggu dengan pelbagai suara.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Ashira berkongsi info tentang sindrom long C0V1D yang dialaminya di laman Instagram dan turut menasihati orang ramai supaya tidak lalai dalam menjaga kesihatan diri.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini juga memberitahu dia mengalami perasaan kebimbangan yang keterlaluan atau anxiety namun takut untuk berjumpa doktor.

"Saya tiada kawan yang pernah mengalami perasaan seperti ini, jadi tidak tahu kepada saya untuk bertanya. Ada terfikir untuk berjumpa doktor, tetapi saya rasa takut. Lebih banyak perkara yang saya fikirkan terjadi kalau jumpa doktor nanti.


"Saya hanya sibukkan diri di rumah sahaja untuk hilangkan perasaan anxiety. Kalau rumah dah bersih pun saya akan kemas sekali lagi," katanya.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Ashira bakal bertanding di peringkat akhir Malaysia Championships of Performing Arts (MCOPA) pada Ahad ini. Juara bagi program ini akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang dijadualkan berlangsung pada Julai nanti.

"Saya tidak menyimpan harapan untuk menang, tetapi pastinya akan buat yang terbaik pada malam Ahad ini. Walaupun sudah bergelar artis, saya suka menyertai pertandingan sebegini untuk mencari lebih banyak pengalaman dan mencari ilmu bermanfaat," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: