16 February 2022

KEPUTUSAN KES SAMAN JUMAAT INI - ALI PUTEH SERAH KEPADA ALLAH



"Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.


"Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah untuk menentukan jalan terbaik," tutur pelawak Ali Puteh yang meluahkan syukur apabila keputusan kes saman terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini, selepas dua tahun kes ini berlangsung.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, tindakan yang diambilnya ini dibuat semata-mata untuk Allahyarham abangnya, Abam Bocey dan ibu mereka, Sabariah Arshad. Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahkamah, baharulah dia nampak apa sebenarnya yang terjadi.

"Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dianiaya. Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat.

"Mula-mula agak panas dan geram apabila benda ini tular. Kecaman yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan.



"Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang maki hamun di balai polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah.

"Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf. Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati," katanya.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: