15 February 2022

SUAMI RESTU PERGI KE PALESTIN - HELIZA MAHU DISAPA KAK JA, MASIH TAK BIASA GELARAN DATIN



Penyanyi, pelakon dan juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi yang bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu itu memberitahu dia mendapat sokongan dan restu suaminya untuk menjalani penggambaran filem 'Road to Heaven' yang akan berlangsung di Gaza dan Tebing Barat, Palestin.

Heliza ketika ditemui berkata, dia akan ke Palestin pada Jun ini dan sekiranya ada rezeki, suami turut serta ke sana. Ditanya mengenai perancangannya untuk menjalani penggambaran sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dan hamil, Heliza masih tidak terfikir mengenai perkara itu.

"Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama. Insya-Allah, saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya.

Klik untuk gambar besar



"Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir," katanya. Selain Heliza, filem 'Road to Heaven' juga bakal membariskan beberapa pelakon lain antaranya adik Heliza sendiri yang juga penyanyi, Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Sementara itu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 36, mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran panggilan Datin Seri. Heliza bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa jika orang ramai menyapanya dengan panggilan Kak Ja kerana ia membuatkan dia lebih dekat dengan peminat dan masyarakat.



"Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.

"Kita kadang-kadang buat buat program motivasi dengan pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu membuatkan kami lebih rapat dan mesra, nampak macam kakak dan adik. Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: