15 February 2022

DUNIA FOREX - ZIZAN UMUM TARIK DIRI



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelawak dan pelakon Zizan Razak memaklumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri lagi dalam bidang pelaburan Forex.


Dalam hantaran tersebut, Zizan berkata dia berbuat demikian atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

"Assalamualaikum semua. Hari ni Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Zizan itu ternyata menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyambut baik keputusan pelawak itu yang memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang 'bersih' berbanding pelaburan itu.

Umum mengetahui, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: