15 February 2022

BILA ERRA FAZIRA BUKA SALURAN YOUTUBE, TAK KISAH KONGSI KEHIDUPAN PERIBADI



"Ramai artis yang sudah bergerak hebat dengan saluran YouTube mereka sendiri, manakala saya pula baru sahaja nak bermula. Kandungannya nanti akan lebih tertumpu kepada gaya hidup dan motivasi. Ia tidak terlalu serius kerana saya mahu beri manfaat kepada penonton.


"Saya tidak kisah untuk kongsi kehidupan peribadi di rumah, namun perlu ada garis panduannya," kata pelakon dan penyanyi Erra Fazira yang akui dirinya agak ketinggalan kerana belum mempunyai saluran YouTube sendiri seperti mana kebanyakan selebriti popular masa kini, mengikut perkembangan dan trend semasa.

Mengambil langkah proaktif dan sedar akan keperluan tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, bakal membuka saluran YouTube dan berkongsi kandungan bermanfaat kepada peminatnya.

Klik untuk gambar besar



Selain itu, pelakon yang mendapat jolokan primadona ini turut berkongsi pendapat perlunya seseorang artis itu tahu memasarkan diri dan produk seni mereka. Dalam masa sama, Erra bersetuju selain bakat, nilai komersial juga perlu ada dalam diri seseorang artis untuk pergi lebih jauh.

"Apabila menjadi seorang artis tetapi tidak tahu nak 'jual diri', itu adalah satu masalah. Mereka perlu tahu untuk seimbangkan kerjaya dan nilai komersial dalam diri.

"Begitu juga dalam program televisyen yang mencari bakat nyanyian contohnya, akan ada juri profesional dan juri yang mewakili suara penonton," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: