"Saya sudah minta maaf dan luahkan semua dia media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini. Saya rasa lega apabila dapat luahkan semuanya dan sekarang saya okey sahaja," ujar pelakon remaja, Puteri Balqis yang mengakui dia tidak menyimpan dendam dan sudah melupakan segala sengketa antara dia dan rakan pelakon, Mia Sara, susulan isu perselisihan faham antara mereka di media sosial.
Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15, juga berkata, dia berasa lega apabila sudah meminta maaf kepada Mia dan ayahnya serta meluahkan segala yang terpendam itu di media sosial.
"Saya sudah minta maaf dan luahkan semua dia media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini. Saya rasa lega apabila dapat luahkan semuanya dan sekarang saya okey sahaja," ujarnya kepada mStar.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, menurut Balqis, dia juga sedia bekerjasama dengan Mia secara profesional jika diberikan peluang. Mengulas tentang tawaran daripada penerbit Ayu Puteh yang mahu menggandingkan mereka, Balqis berkata dia belum diberitahu tentang perkara itu.
"Tidak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan Mia. Saya sendiri tak pernah tahu akan hasrat penerbit tersebut dan belum lagi dihubungi. Terkejut juga apabila mendapat tahu hal tersebut, namun saya belum boleh beritahu sama ada bersetuju atau tidak menerima tawaran itu," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment