15 February 2022

SUDAH ADA PEMBELI RUMAH BANGLO - SHUK MAHU JELASKAN HUTANG KAD KREDIT & CUKAI LHDN



Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar yang mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang itu meluahkan rasa syukur apabila kini sudah ada pembeli.


Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, ketika dihubungi berkata, keputusan menjual rumah tersebut dibuat bagi mengelakkkan dia berdepan kesukaran lain pada masa hadapan.

"Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

Klik untuk gambar besar



"Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik. Individu yang nak membeli sudah letak wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini," tuturnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Shuk berkata, dia nekad menjual rumah itu selain perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya seninya, Shuk berharap dia diterima semula dalam industri hiburan tanah air.

"Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN. Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?" katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: