15 February 2022

GARA-GARA DUA BULAN HAID TAK HENTI - WAWA ZAINAL BUANG IMPLAN CEGAH HAMIL



Selepas melahirkan cahaya mata keempat November lalu, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel iaitu pelakon Wawa Zainal telah memasang alat mencegah kehamilan implan.


Bagaimanapun, Wawa memaklumkan dia membuat keputusan membuang implan tersebut gara-gara menerima kesan sampingan dimana kitaran haid menjadi tidak terkawal dan menyukarkan dirinya melakukan ibadah lebih-lebih lagi hampir memasuki bulan Ramadan.

"Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan. Bagaimanapun disebabkan kitaran haid yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah dua bulan period saya tak berhenti.

Klik untuk gambar besar



"Tambahan pula kita nak menyambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini saya tidak tahu sama ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa.

"Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Dalam pada itu, Wawa yang berkongsi masalah itu dengan pengikut di laman Instagram turut menerima pelbagai respons berkaitan pemasangan alat pencegah kehamilan itu.

"Syukur saya tidak menerima kesan teruk. Ada follower yang DM beritahu mereka mengalami sakit kepala yang teruk selepas pasang implan," tuturnya.

Sementara itu, Wawa berkata, dia akan membuat perancangan keluarga sendiri dan tidak menolak jika diberikan rezeki anak kelima dalam masa terdekat.

"Jadi sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan. Tetapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat, saya tidak menolak," ujar Wawa yang baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Jibril Ibtisam sebelum ditukar dengan nama Muhammad Fahri pada 30 November lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: