15 February 2022

AMBIL IQBAL BERLAKON - ERMA FATIMA TAK KISAH DIKUTUK



"Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera. Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul 'Perempuan Itu' yang bakal disiarkan di kaca TV3," itulah kata pengarah Erma Fatima apabila dia mengambil tindakan berani dengan menawarkan Ahmad Iqbal Zulkefli berlakon, selepas usahawan sensasi itu dikecam teruk dek menyertai program Big Stage.


Sedar bahawa tindakannya itu mengundang kecaman netizen, Erma berkata dia mempunyai sebab tersendiri menawarkan Iqbal berlakon. Bagaimanapun, Erma berkata Iqbal perlu menghadiri uji bakat terlebih dahulu selama dua hari dan usahawan itu lulus dalam ujian berkenaan.

"Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof. Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Kata Erma lagi, Iqbal hanya akan diberi watak pembantu memandangkan dia masih baru lagi dalam dunia lakonan. Tidak takut dengan kecaman netizen kerana memilih Iqbal sebagai pelakon, Erma berkata ada perkara lain yang lebih ditakuti olehnya.

"Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal kepada mereka. Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

"Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya. Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: