15 February 2022

TOK RAM SUKA JALAN TERUS TANPA TOLEH - ALYAH PULA RIMAS, TAK SUKA PEGANG-PEGANG TANGAN



Penyanyi Datin Alyah yang sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga itu dilihat jarang berkongsikan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram di media sosial miliknya.


Namun, baru-baru ini perkongsian Alyah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bersama Tok Ram keluar bersama di pusat membeli-belah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Tok Ram berjalan agak laju dan Alyah berada di belakang sedang merakam gelagat Tok Ram.

Diruangan komen, Alyah memaklumkan kepada pengikutnya bahawa Tok Ram seorang yang akan jalan terus ke tempat yang ingin dituju tanpa menoleh kiri kanan.

Klik untuk gambar besar



"Saya berjalan suka menikmati persekitaran lagi-lagi tempat baru. Suami saya jalan terus ke tempat nak dituju tak toleh kanan kiri. Saya pula tak suka pegang-pegang tangan cam rimas puuuuuu ler. Ikut cara masing-masing bahagia masing-masing... Peace no war," kata Alyah.

Perkongsian Alyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan video berkenaan malah ramai yang bersetuju dengan perkongsian penyanyi itu.

Tidak kurang juga ada netizen mengatakan bahawa setiap pasangan mempunyai cara bahagia mereka masing-masing, tidak semestinya tak pegang tangan bermakna tidak bahagia.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: