15 February 2022

"TAK PAKAI SELUAR KE TU?" - NETIZEN KECAM PUTERI AISHAH YANG SEMAKIN 'BERANI'



Semua sedia maklum mengenai pelakon Puteri Aishah yang kini sudah berumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Firdaus Sulaiman pada 20 November tahun lalu selepas tiga tahun berkenalan. Melihat pada perkongsian di laman Instagram, Puteri Aishah dilihat semakin berseri-seri sejak berkahwin.


Baru-baru ini, pelakon itu ada memuat naik gambarnya bercuti di sebuah pulau peranginan. Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima kecaman netizen yang kurang senang dengan gambar dimuat naik oleh Puteri Aishah.

Melihat pada gambar yang dikongsikan, pelakon itu dilihat memakai baju mandi paras paha dan mengikat sehelai selendang nipis di pinggang sebagai skirt.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat aksi berani pelakon itu yang semakin seksi selepas berkahwin serta memberi teguran kepada Puteri Aishah. Kata netizen sepatutnya selepas berumah tangga cara pemakaian lebih elok kerana ada suami yang boleh menegur isteri.

Dalam pada itu, ada yang tampil memberi nasihat kepada Puteri Aishah itu serta mendoakan agar pelakon itu dibukakan pintu hati untuk menutup aurat.

Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Firdaus Sulaiman pada 20 November tahun lalu selepas tiga tahun berkenalan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: