15 February 2022

KALI TERAKHIR BERHUBUNG 5 TAHUN LALU - PUTERI BALQIS AKUI KETIADAAN BAPA BUAT DIRINYA JADI LEBIH BAIK



"Ayah lama menghilang, kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik," demikian jelas pelakon remaja, Puteri Balqis bagi menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz,


Kata Balqis, bapanya sudah lama menghilang dan kali terakhir berhubung kira-kira 5 tahun lalu. Tambahnya, dia sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada bapanya itu kerana ketiadaan bapanya itu membuat dirinya menjadi lebih baik.

"Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat. Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun. Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak 'chemistry' sudah tiada.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan). Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz)," kata pelakon berusia 15 tahun itu lagi.

Menurut Balqis, kini hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz tempat dia bergantung harap. Balqis mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya namun tidak didedahkan apa yang telah dilakukannya.


Ditanya mengenai kehidupan tanpa kasih sayang seorang bapa, Balqis berkata dia sudah biasa dan kasih sayang daaripada ibunya yang juga seorang bapa baginya sudah mencukupi.

"Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada. Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat," tuturnya.

Difahamkan, ibu dan bapa Balqis bercerai ketika pelakon itu masih kecil namun tidak dapat dipastikan mengenai status perceraian kerana tidak pernah didedahkan kepada umum.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: