15 February 2022

NAK JUAL RUMAH HARGA RM1.2 JUTA - SHUK NAFI DUIT KAHWIN TAPI UNTUK TERUSKAN HIDUP



"Mana ada perlukan duit nak kahwin. Insya-Allah kalau nak kahwin lagi satu masih lagi ada duit. Yang nak faham, akan faham, yang tak nak faham tidak apa," itulah kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang menafikan dia perlukan wang untuk berkahwin baharu apabila meluahkan hasrat mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.


Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok berkata, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu, selepas jatuh berikutan kontoversi curang terpalitnya dirinya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru, sebab itu perlukan duit. Jadi sesiapa yang rasa berkemampuan nak tengok rumah dan tengah cari rumah di Elmina Ferrea boleh mesej (DM) saya di Instagram untuk tengok rumah.

Klik untuk gambar besar



"Saya juga sudah lantik ejen bagi membantu menjual rumah ini. Rumah ini sudah habis buat (ubahsuai) semuanya. Ada bilik main snuker. Saya nak jual RM1.2 juta.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin itu kifarah kerana berlaku curang terhadap isteri. Dalam pada itu, ada yang mengatakan apa yang menimpa Shuk itu adalah ujian daripada Allah untuk dia berubah serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Malah, ada netizen meminta supaya menjaga tutur kata kerana Allah masih menjaga aib kita.



Terdahulu, selepas sekian lama menyepi daripada media sosial, baru-baru ini Shuk ada membuat Live di TikTok mengakui berkali-kali curang dengan isterinya. Menerusi sesi live itu juga, Shuk berkata tindakannya itu tidak membuatkan dirinya bahagia serta meminta mereka diluar sana supaya menghentikan niat tersebut serta jangan jadi sepertinya.

Sehingga kini, status rumah tanga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu. Ia selepas Shuk didakwa beberapa kali 'kantoi' berlaku curang dengan wanita bernama Farah Salleh.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.





KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: