14 February 2022

INI RESPON SAKINAH BILA PU SYED BERI TEGURAN 'PEDAS'



"Abang, akaun saya dah private, kenapa 'public' benda yang dah 'diprivate'. Macam masuk rumah saya, bawa balik barang TV saya, suka ya?" itulah kata pelakon yang juga 'fitness selebrity', Sharifah Sakinah yang memberi respon terhadap teguran yang dibuat pendakwah bebas, PU Syed yang tampil bertindak menegur gaya hidupnya.


Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat meninggalkan respon 'pedas' buat PU Syed menerusi ruangan komen teguran yang kemudiannya dipadam pendakwah selebriti itu tidak lama kemudian.

Isteri kepada Michael Hansen itu turut memuat naik Instagram Story yang mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan yang seakan-akan sengaja mengeruhkan lagi situasi.

Terdahulu, Sakinah menerusi satu hantaran dalam Instagram memaklumkan bahawa dia ada menapis dan juga menyekat akaun media sosial kaum lelaki daripada mengikuti akaun Instagramnnya.

Ujarnya, komitmen kerja yang melibatkan gaya hidup memerlukan dia untuk 'menjual badan' yakni menunjukkan satu persatu otot tubuh sementelah dia sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian yang mencolok mata.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan itu, PU Syed merasa terpanggil untuk menegur Sakinah dengan coretan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya. Katanya, Sakinah ternyata belum menampakkan tanda-tanda ingin berubah.

Antara teguran yang diberikan pendakwah itu ialah keperluan aktres itu untuk berpakaian seksi hanya kerana ingin mengajak orang untuk menjalani gaya hidup sihat.

"Kerap kali menegur hamba Allah ini, namun ternyata belum nampak tanda-tanda ingin berubah. Terlalu banyak kaedah mencari rezeki yang halal dan diredai serta diberikati kenapa cara ini yang kamu cari? Jika ternyata lumayan pendapatan dengan cara ini, ketahuilah, tiada keberkatan dan haram kerapa memperoleh dari cara yang haram.

"Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah bukan meruntuhkan syariat. Malulah dengan Allah, jika semua ingin ditayang kepada orang, apa lagi yang tinggal untuk suamimu," tulis PU Syed.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: