14 February 2022

TAK PERNAH PUJUK BALIK, IBU BIMBANG NASIB SAJAT: "SAYA TAHU DIA BUAT UNTUK KEBAIKAN DIRI DIA"



"Tak... memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia. Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia," kata ibu kepada usahawan kontroversi Sajat tentang anaknya itu yang kini memulakan kehidupan baharu di Australia.


Tidak sesekali pujuk Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pulang ke Malaysia. Demikian pendirian ibu Sajat iaitu Maimon Omar, 66, apabila dia lebih rela anaknya itu kekal berada di sana kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya dia pulang ke negara ini.

Selepas Sajat melarikan diri ke Australia sejak Oktober 2021, banglo 10 bilik yang berada di Kota Damansara yang kini dalam proses untuk dijual pada harga RM9.5 juta itu didiami ibu bapa Sajat bersama dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza yang masing-masing berusia tujuh tahun.

Klik untuk gambar besar



Bercerita lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi. Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan. Ujarnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.

"Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu... minta restu dan doa. Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik. Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki.

"Saya tak kisah, apa mereka kata... lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia. Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah... yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul. Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat," jelasnya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: