19 February 2022

HANTAR GAMBAR, PERKATAAN LUCAH DI WHATSAPP - ANTARA 11 PERTUDUHAN USTAZ EBIT LEW



Semalam, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom dan mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.


Melalui laporan Utusan, 11 pertuduhan dibuat terhadap pendakwah itu iaitu membabitkan penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata kesemua pertuduhan itu adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah antara bulan Mac sehingga Jun tahun lalu terhadap seorang wanita.

Klik untuk gambar besar



Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada Julai tahun lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal berusia 37 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: