19 February 2022

SELAMBA SUSUKAN ANAK TANPA 'COVER' - KAK KM KENA KECAM



Nama usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih kenali sebagai Kak KM, sering kali hangat diperkatakan apabila ada sahaja kontroversi yang terpalit.


Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di laman Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Perkongsian video itu mengundang kecaman ramai netizen kerana tidak memakai 'nursing cover' untuk menyusukan anaknya di tempat terbuka.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ramai yang kurang senang dengan penampilannya yang seksi serta tindakannya itu membuatkan terdedah bahagian tidak sepatutnya ketika menyusukan anaknya.

Bagaimanapun, ruangan komen video berkenaan telah pun ditutup mungkin kerana menerima kecaman hebat daripada netizen.

Baru-baru ini, Kak KM mengadakan majlis akikah anak keempatnya selepas dua bulan kelahiran. Bagaimanapun, penampilan Kak KM pada majlis tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: