19 February 2022

AL-FATIHAH - BAPA AG MENINGGAL DUNIA DALAM TIDUR SELEPAS POSITIF C0V1D



"Kami baru dapat tahu bapa positif semalam. Jadi keluarga bawa pergi klinik semuanya okay. Petang semalam buat panggilan video pun bapa senyum gembira dan nampak sihat saja. Jam 3 pagi tadi dia sudah tiada. Bapa meninggal dunia dalam tidur.


"Saya reda," jelas penyampai radio Hot FM, AG yang mengenai bapanya iaitu Selamat Ipan, 74, yang meninggal dunia akibat C0V1D di rumahnya di Johor Bahru, jam 3 pagi, hari ini.

AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat berkata, bapanya disahkan positif wabak itu semalam. Tambah AG, dia tidak menyangka ulang tahun kelahiran arwah bapanya pada 2 Februari lalu menjadi sambutan terakhir buatnya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Ketika itu, saya bersama isteri dan lima anak sempat pulang ke Johor Bahru untuk meraikan hari lahir ayah. Isteri saya sempat memasak juadah kegemarannya iaitu kuah dal," ujarnya.

Allahyarham Selamat yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dan sangat dikenali dengan gelaran Haji Selamat JPJ itu meninggalkan seorang balu, dua anak dan tujuh cucu. Terdahulu, AG memaklumkan perkara itu menerusi kiriman mesej.

"Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan, ayahanda saya, Haji Selamat Ipan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 3 pagi. Moga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kekasih Allah. Al Fatihah," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: