19 February 2022

"PIHAK YANG KEJAR HARTA BUKANNYA ISTERI ARWAH SEBALIKNYA PLAINTIF-PLAINTIF" - HAKIM



Semua sedia maklum balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh, selepas dua tahun.


Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Plaintif tersebut terdiri daripada ibu Abam iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, kakaknya Sharifah Nor Wahidah dan Ali Puteh.

Zulkarnain berkata lagi, ianya jelas pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.

Klik untuk gambar besar



"Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif. Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

"Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil," kata Hakim Zulqarnain Hassan.

Menurutnya lagi, pihak mahkamah berpuas hati mengenai keadaan ketika itu pasti menyedihkan bagi isteri Allahyarham yang berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, ia jelas daripada kata-kata Nor Hidayah bahawa perasaannya sedih dan satu-satu perkara yang difikirkan ialah bagaimana mahu membesarkan anak.

Menyentuh hantaran yang dibuat Ali menerusi Instagram terhadap Nor Hidayah pada Februari 2020, Hakim Zulqarnain berkata, ia amat keras, melampau, menjatuhkan maruah dan mengaibkan.

"Kalau kata-kata seperti 'kamu bodoh' atau 'kamu jahat' boleh mengaibkan, apatah lagi menggunakan perkataan 'binatang'. Jika ditujukan kata-kata itu kepada pesakit yang uzur dan terlantar di hospital, dia akan cuba bangun lalu mempertahankan maruahnya,” ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: