18 February 2022

KES CERAI JADI BAHAN GURAUAN DI RADIO - SHAKILLA KHORIRI LUAH KESAL & TERSINGGUNG



"Sebelum ini saya diam. Saya biarkan orang mempersendakan saya, campur tangan urusan peribadi saya. Saya pekakkan telinga dan butakan mata kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan.


"Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari percakapan tidak ditapis yang berunsur fitnah dan memalukan," tegas pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal dan tersinggung apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan secara terbuka di sebuah stesen radio.

Kata bekas isteri kepada penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali ini, dia berasa kecewa apabila hal peribadinya dipersendakan pihak tertentu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih berterusan.

Dia berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat. Shakilla berkata demikian sebagai respons terhadap netizen yang menegur tindakan rakan penyampai kepada Fizi mengeluarkan ayat seolah menyalahkannya atas kegagalan perkahwinan mereka.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak pasti kenapa penyampai radio tersebut perlu mengeluarkan ayat sebegitu. Kisah saya sudah berakhir dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. Jangan cuba buat saya sentuh perkara yang tidak sepatutnya dan membuka aib sesiapa," kata Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 31.

Pada 15 Disember lalu, Fizi dan Shakilla mendedahkan sudah bercerai talak satu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan punca perpisahan tersebut. Malah selepas bercerai, mereka juga dilihat sangat bersefahaman dalam hal penjagaan anak mereka Ameena Sofia.

"Saya sedang cuba perbaiki diri dan tidak perlu tahu atau dengar perkara negatif begini. Saya harap ini yang terakhir," ujar Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia, 3.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: