18 February 2022

PENYANYI RAP, MADRIZAL BERSYUKUR KEDAI GUNTING RAMBUT 'TERSELAMAT' DARIPADA KEBAKARAN



Penyanyi rap Madrizal telah berdepan detik cemas apabila kedai gunting rambut miliknya hampir terbakar, kelmarin, dan keadaan agak kelam kabut sementara menunggu bomba tiba. Madrizal meluahkan rasa syukur apabila kedainya terselamat daripada kebakaran.


Kejadian berlaku di MainRoad, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dimana kedai gunting penyanyi rap yang menyerlah menerusi lagu 'Mamasita' itu, Mad's Barbershop terletak di tingkat atas bangunan terbabit. kebakaran.

"Kebakaran akibat litar pintas sekitar jam 11 malam itu berlaku sebaik saja saya pulang dari Melaka atas urusan perniagaan di sana. Disebabkan itu, kedai makan yang berada di tingkat bawah Mad's Barbershop terbakar menyebabkan seluruh bangunan MainRoad itu 'black out'. kebakaran.

"Kebetulan saya baru saja sampai di MainRoad selepas selesai menguruskan hal-hal perniagaan di cawangan Melaka. kebakaran. Tak lama kemudian, suis utama itu terus meletup seperti bom kerana voltannya sangat tinggi. Memang terkejut bila melihat kebakaran berlaku depan mata saya. Rasa takut pun ada. kebakaran.

"Saya juga nampak pekerja saya yang masih berada di kedai dalam keadaan tergamam dan tak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu. Saya terus jerit padanya dan barulah dia tersedar serta bergegas keluar dari kawasan itu.

"Syukur semuanya okay. Cuma apabila dah berlaku macam ini, saya tak boleh buka kedai selama seminggu. Apapun, saya tak terfikir nak berpindah. Kalau saya sendiri rasa terkesan, apatah lagi pemilik kedai makan yang terbakar itu. Saya dan penyewa kedai di sini menyerahkan hal ini kepada pihak pengurusan serta harapnya kejadian sebegini tidak berlaku lagi," katanya.

Untuk makluman, Madrizal yang juga anak didik Cat Farish mula terbabit dalam nyanyian pada 2015. Dia pernah dikenali dengan lagu Budak Baru Nak Up serta beberapa lagu lain antaranya 'Sembang', 'Potong Tang Corner', 'Celup' dan 'Besar Kepala'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: