09 February 2022

IQBAL: "BUANG JE LA KALAU SAYA TAK LAYAK... SAYA USAHAWAN & BUKANNYA PENYANYI SEBENAR"



"Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okay je. Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar.

"Jadi jangan bandingan saya sebagai penyanyi dalam situasi ini," ujar usahawan sensasi yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli dimana dia mencabar juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini, dek dikecam teruk kerana menyertai program nyanyian Big Stage.

Mengakui diriya peserta paling teruk, Iqbal berkata dia bukan penyanyi sebenar serta menyerahkan nasibnya kepada juri. Ramai berpendapat penyertaannya dalam Big Stage seolah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal berkata itu adalah rezekinya dan orang ramai perlu menerima hakikat.

Klik untuk gambar besar



"Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima itu. Bagi sesiapa yang nak sertai pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil. Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang," katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berharap orang ramai tidak salah faham kerana dia menerima tawaran menyertai Big Stage bukan untuk mencari publisiti: "Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham. Saua bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular, saya bukan orang macam itu," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: