Menerusi perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, Intan Salleh ada berkongsikan video menyambut ulang tahun kelahiran suaminya di restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga bersama Aizam Yahya pada Disember tahun lalu, Intan dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagianya.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila kelihatan alat ujian kehamilan di atas meja makan sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen Intan kini hamil.
Klik untuk gambar besar
Malah, ramai dapat meneka apabila keduanya dilihat gembira dan suami Intan dilihat mencium dahi isteri tercinta. Meskipun tidak mengetahui kesahihan mengenai perkara itu, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Intan.
Terdahulu, Intan pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude Wahid. Namun, bercerai selepas lima tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.
________________________

No comments:
Post a Comment