09 February 2022

"DIA TAKKAN JILAT ATAU SENTUH KAMI" - MENGAKU BELA ANJING, JULIA FARHANA TAHU BATAS SEBAGAI MUSLIM



"Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan. Saya tahu ini perkara yang sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau tersentuh waktu basah.

"Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami. Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh," demikian kata pelakon Julia Farhana yang mengaku dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio.

Jelas Julia, anjing peliharaannya itu sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka. Perjelasan Julia itu bagi menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya netizen selepas perkongsiannya baru-baru ini menerusi Insta Story menjadi perhatian dimana ia memaparkan seekor anjing menunggu di luar biliknya.

Dalam pada itu, Julia berkata urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam. Menurut Julia, dia menyedari tanggungjawab sebagai Muslm. Ujarnya dia mengambil anjing tersebut sejak kecil kerana tiada siapa mahu menjaganya.

Klik untuk gambar besar



"Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer. Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja. Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk.

"Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil. Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

"Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya," kongsi Julia lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: