09 February 2022

ISTERI SHIDEE: "BATUK BERDARAH TU DAH OKEY... CUMA ABANG MASIH ADA RASA PENING"



"Batuk berdarah tu dah okay... batuk-batuk pun dah semakin berkurang. Kami pun belum buat pemeriksaan doktor lagi, rasanya darah tu berkemungkinan sebab ada luka di bahagian mulut atau gusi. Lagipun batuk berdarah semalam sedikit sahaja dan hari ini dah tak ada. Cuma abang Shidee masih ada rasa pening, sakit kepala dan sakit badan.

"Saya tengok keadaan nampak semakin baik, makan pun okay. Jadi sekarang ini dia berehat di rumah dahulu, kalau keadaan makin teruk barulah kita bawa ke hospital," jelas isteri penyanyi Shidee iaitu Siti Fairunnisa Aziz yang berkongsi keadaan suaminya dimana dia semakin baik selepas terbabit kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, Fairunnisa memberitahu Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab sudah semakin pulih dan tidak lagi mengalami batuk berdarah seperti dilaporkan media sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini yang juga bilal di surau terkenaan tidak mengingati sama ada kemalangan itu berlaku disebabkan dia terjatuh atau dilanggar orang lain.

"Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut. Saya berada dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing.

"Doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman tetapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah," katanya seperti dilaporkan pada hari kejadian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: