09 February 2022

TARIKH 22.02.22 - JAMAL ABDILLAH PILIH UNTUK SAMBUT KELAHIRAN ANAK KELIMA, 'ISKANDAR RAYYAN YAMANI'



"Isteri sepatutnya bersalin pada 28 Februari, tetapi saya pilih tarikh cantik 22.02.2022. Kelahiran secara pembedahan. Jika tidak ada yang memudaratkan ikut cakap doktor, saya pilih tarikh itu.

"Persiapan semua sudah dilakukan. Nama anak pula saya pilih Iskandar Rayyan Yamani," demikianlah ujar penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang memberitahu isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan anak kelima secara pembedahan pada tarikh pilihannya iaitu 22 Februari ini.

Jamal, 63, berkata dia juga memilih nama 'Iskandar Rayyan Yamani' untuk bayi lelaki berkenaan. Sementara itu, berkongsi keadaan isterinya, penyanyi lagu 'Azura' itu mengakui kasihan melihat Zai yang terpaksa menguruskan dua lagi anak mereka dalam keadaan diri yang sedang sarat mengandung.

Klik untuk gambar besar



"Tak sanggup rasanya melihat isteri menjaga anak. Pembantu rumah pulak dah berhenti. Jadi semua isteri uruskan sendiri. Saya akan bantu apa yang patut untuk meringankan beban dia. Memikirkan akan ada bayi baharu ada juga rasa tertekan, tetapi tetap kena jaga sebab itu anak kita," ujarnya.

Untuk makluman, Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani, 2. Jamal turut mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: