10 February 2022

AL-FATIHAH - PENYANYI LAGU 'APO KONO EH JANG' KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 8.39 malam semalam, penyanyi yang popular pada era 1980-an menyanyikan lagu 'Apo Kono Eh Jang' secara duet dengan Ally Noor iaitu Mastura Ismail, 65, telah meninggal dunia akibat kanser ovari di kediamannya di Bandar Sungai Long, Kajang.


Anak saudaranya yang juga penyanyi, Oja, 42, ketika dihubungi berkata, Allahyarham ibu saudaranya itu dibawa pulang dari Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya kira-kira jam 3 petang dalam keadaan tidak sedar.

"Dia juga bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Kesihatannya merosot sejak tahun lalu dan makin merosot selepas pemergian suaminya. Kami reda kerana dia sudah sakit lama.

"Arwah memohon maaf kepada kami semua kelmarin dan itu membuatkan kami sebak. Itu antara tanda-tanda yang membuat kami menerima suratan Allah SWT," jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Menurut Oja, sejak tahun lalu Mastura kerap dimasukkan ke hospital sebelum doktor mengesahkan Allahyarham menghidap kanser ovari tahap empat.

"Doktor juga tidak menyarankan untuk arwah menjalani rawatan kimoterapi kerana tubuhnya sudah terlalu lemah," tuturnya.

Oja atau nama sebenarnya Daninaz Huza Daud berkata, jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, pagi hari ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: