10 February 2022

PUTERI BALQIS TERSINGGUNG DIKATA TIDAK DIBESARKAN DENGAN AGAMA - MIA SARA BINGUNG AYATNYA DIPUTAR BELIT



Nama Mia Sara Nasuha, 17, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon remaja itu menjawab pertanyaan pengguna TikTok yang bertanya tentang rakan pelakonnya yang juga remaja, Puteri Balqis Azizi, 15.


Bagaimanapun, tindakan Mia menjawab soalan netizen dengan menyentuh kehidupan Balqis atau lebih mesra disapa Aqish telah mengundang salah faham pelakon yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu.

Salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen tidak menyalahkan Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

"Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya," demikian kata Mia.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial.

"Saya baru tahu tentang ini, why this kid celebrity Mia Sara bercakap buruk tentang saya dan kehidupan saya di TikTok secara umum? Betapa malaikatnya awak? Saya dikutuk oleh ribuan orang kerana komen itu.

"la sangat menyakitkan. Ini ibu saya yang awak cakapkan itu, satu-satunya wanita dan orang yang paling sayangi saya. Dia tak dididik dari kecil? Saya dibesarkan tak bercakap buruk dan kutuk sesiapa walaupun perkara itu menyakitkan.



"Saya dibesarkan tanpa membuat naik hanya foto wajah comel tanpa memberi faedah kepada peminat dan kawan-kawan. Saya tidak dibesarkan tanpa memakai hijab dengan tiket bercakap buruk di sebalik media dan publisiti. Saya adalah diri saya," tulisnya.

Dalam masa sama, Balqis turut meminta Mia berhati-hati menggunakan ayat untuk bercakap tentang dirinya di media sosial. Katanya, memakai tudung tidak memberi kebenaran kepada pelakon itu untuk bercakap buruk tentang orang lain.

"Dengan segala hormat dan hormatnya, sila betulkan tatabahasa awak sebelum mengatakan sesuatu yang buruk tentang saya. Ibu saya seorang pakar yang jujur dalam mendidik saya bahasa Inggeris yang betul. Kami tidak menggunakan sebarang slanga Tiktok 'rempit' seperti yang awak lakukan.



"Pakai hijab tidak memberi tiket percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tidak memberi tiket percuma untuk 'seksa' orang lain. Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita," ujarnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Twitter Mia dilihat ada memuat naik status mempersoalkan mengapa ayatnya sering diputar belit. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa.

"Why do people keep on twisting my words? (Kenapa orang selalu putar belit ayat saya?)" tulisnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: