10 February 2022

MUAT NAIK VIDEO ANAK SHUIB PELUK SEORANG WANITA - RAMAI BERTEKA-TEKI



"Aunty kesayangan teman Dekta kerja... Kalau tak da aunty tak nak kerja.. haihhh, nasib baik aunty tak busy rajin melayan 😌," itulah kapsyen pada sebuah video yang menyaksikan anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita sehingga mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.


Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram arwah Siti Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan. Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

Namun menerusi ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan nama selebriti Wan Sharmila, Kilaifairy, Sharifah Rose dan Anzalna Nasir antara yang disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

"Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu." - "Dari tepi macama Kilafairy." - "Macam Sharifah Rose je." - "Anzalna tu 😂," demikian komen-komen.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada juga yang teka model Aliaa Ismail apabila baju, tudung serta tahi lalat di jari tangannya sama berdasarkan muat naik di Instagram wanita berkenaan. Kata netizen, tak semestinya sebut 'aunty'... Shuib nak kahwin, memandangkan Aliaa sudah pun berumah tangga.

Ni Aliaa Ismail laaa.. tengik IG die baju tdung same... taik lalat kat jari pun same huhu.... kalau sebut pasal untie tak semesti Shuib nak kawin... mungkin die rapat dengan anak Shuib... Aliaa ni dah kawin...," kata netizen yang lain pula.

Sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius. Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: