10 February 2022

NEELOFA DEDAH SEPATUTNYA BILAL LAHIR 10 FEBRUARI, KONGSI TARIKH LAHIR



"Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik. Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT.


"Harta dunia akhirat Abah dan Ummi," demikianlah tulis selebriti Noor Neelofa yang berkongsi anak sulungnya, Muhammad Bilal sepatutnya dilahirkan pada tarikh sama ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini iaitu 10 Februari.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Neelofa memuat naik salinan ultrasound yang tertera tarikh jangkaan anak lelakinya itu lahir. Bagaimanapun, Neelofa yang menyambut ulang tahun ke-33 tahun itu menyifatkan percaturan Allah SWT jauh lebih baik.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah dan pelakon, PU Riz itu dihujani dengan ucapan hari jadi serta tahniah atas kelahiran cahaya mata pertama.

Untuk makluman, Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: