10 February 2022

INI KATA ERIC FLOOR 88 SELEPAS DIPERSALAHKAN PUNCA IQBAL MASUK BIG STAGE



Sehingga kini, isu usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli nampaknya masih belum berakhir apabila kali ini individu yang membantunya menghasilkan single pertama iaitu ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi turut terkena tempias kritikan.


Eric, 30, berkata dia menerima banyak mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan berusia 27 tahun itu dipilih menyertai program Big Stage 2022. Kata Eric, netizen menyalahkannya seolah-olah menjadi punca Iqbal terjebak sebagai penyanyi hingga layak menyertai pertandingan nyanyian untuk bakat baharu itu.

"Ya ramai mesej peribadi (DM) marah-marah kononnya saya punca Iqbal jadi penyanyi dan merosakkan industri. Saya nak jelaskan semula, sebelum ini saya bersetuju hasilkan lagu untuk Iqbal sebab dia kata sekadar nak menyanyi untuk luahkan isi hati dan promosi produk... bukan sebab nak jadi penyanyi.

"Dia client kami dan kita ikut apa permintaan dia, saya sendiri tak sangka dia akan sampai ke tahap ini. Malah saya berulang kali ingatkan dia kalau betul nak jadi penyanyi kena masuk kelas vokal, lagu yang dinyanyikan itu bukan untuk industri dan hanya sekadar untuk masuk YouTube dan dia buat lagu itu menggunakan modal dia sendiri.

Klik untuk gambar besar



"Janganlah salahkan saya kalau dia diangkat menjadi penyanyi. Persoalannya siapa yang menerima dia jadi artis dan siapa yang izinkan dia masuk TV?" ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Sebelum itu, Eric atau nama penuhnya Muhamed Eric Muhamed Fuzi, menerusi Instagram menasihati Iqbal supaya menarik diri daripada menyertai program nyanyian itu dan fokus kepada perniagaan sahaja.

"Nasihat seorang kawan, tariklah diri... tolong! Kekuatan kau sebagai usahawan dan teruskan dengan kerjaya kau tu. Masa PKP dulu ramai hina industri seni, kata industri seni tak penting, tapi bila Iqbal masuk Big Stage, ramai pula mempertahankan industri seni supaya tak dimusnahkan oleh seorang penyanyi usahawan. Menarik! sayang juga orang kita dengan industri seni kreatif ni," tulisnya pada ruangan kapsyen.


Dalam pada itu, ditanya mengenai persembahan Iqbal pada minggu pertama Big Stage 2022, Eric berkata, usahawan itu tidak boleh menyanyi dan perlu mendapatkan lebih ilmu mengenai muzik.

"Sejujurnya memang teruk suara dia, tapi kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kena belajar lagi. Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu, dia kata bukan nak jadi penyanyi tapi sekarang dia boleh pula sertai program berkenaan. Kalau betul dia nak jadi penyanyi, saya rasa buat masa ini belum layak lagi. Saya sendiri akui kecewa apabila dia menyertai program nyanyian popular itu.

"Semasa lancar lagu Hujan itu dahulu pun dia beritahu kami banyak stesen TV dan radio panggil menyanyi live tapi kami bagi nasihat jangan buat sebab dia perlu belajar banyak lagi, kena ambil kelas sekurang-kurangnya enam bulan, kalau layak dan ada ilmu barulah boleh serius jadi penyanyi," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: