10 February 2022

NEKAD TANAM RAMBUT - RODY KRISTAL AKUI DAH CUBA PELBAGAI PRODUK TAPI TIADA KESAN



"Kali terakhir saya botak masa pergi tunaikan umrah sekitar 2017. Lama juga saya simpan rambut ini, memang sayang bila nak botakkan kepala. Tapi sebab ada masalah rambut, saya terpaksa berkorban botakkan kepala. Ikutkan dah macam-macam produk cuba, tapi tak berjaya.


"Makin lama, makin berkurangan rambut saya di bahagian depan. Itu yang saya nekad untuk buat rawatan tanam rambut," kata pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody yang akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik, selepas mencuba pelbagai produk melebatkan rambut.

Menurut Rody atau Mohd Rodi Baharudin, dia nekad melakukan proses tersebut selepas berdepan masalah rambut yang teruk sejak beberapa tahun lalu. Tambah Rody, biarpun alami sedikit luka di kepalanya, namun dia menganggap ia satu pengorbanan untuk rambutnya kelihatan cantik.

Klik untuk gambar besar



"Buat masa ini, muka saya jadi bengkak... mungkin akan bengkak selama tiga hari. Anak-anak panggil saya 'monster' sebab muka bengkak. Tak ada kesan sampingan yang teruk cuma ada luka sikit-sikit saja. Insya-Allah lagi beberapa hari okay la. orang cakap 'beauty is pain' kan.

"Saya memang lebih suka rambut panjang. Biarlah botak kejap daripada rambut panjang tapi bahagian depan botak," ujarnya yang berkongsi foto memperlihatkan dirinya membuat rawatan tanam rambut di laman Instagram miliknya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: