10 February 2022

ISU AMBIL PESERTA TIADA BAKAT KERANA KEJAR RATING - ZAMANI ANGGAP INDUSTRI SENI DAH BERUBAH



"Perlu faham ini adalah show business dan kedua-duanya (populariti dan kualiti) adalah penting. Namun kita tidak boleh menolak kualiti untuk mencari juara sesebuah program televisyen. Manakala populariti pula penting untuk jayakan program tersebut.


"Industri sekarang memang begitu. Jika kita lihat di luar negara pun keadaan sama berlaku. Cuma bagi pendapat saya untuk mencari bakat baharu, kualiti lebih penting," itulah ujar penyanyi Zamani yang juga punya pendapat sendiri berkaitan isu stesen televisyen mengejar rating yang heboh diperkatakan beberapa hari ini.

Bagi Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, yang pernah menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu, peredaran masa menjadikan kandungan program televisyen tidak sama seperti dahulu. Bagaimanapun, vokalis Slam ini juga berpendapat kualiti peserta perlu diutamakan dalam sesebuah program pencarian bakat.

Klik untuk gambar besar



Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program Big Stage 2022 (BS22) yang dilihat sengaja mencipta content kejutan untuk meraih jumlah tontonan.

Selepas episod pertama BS22 disiarkan pada Ahad, ramai yang kurang setuju dengan penyertaan usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: