10 February 2022

"SAYA AKAN UNDUR DIRI, JANGAN RISAU... MINGGU KEDUA MINGGU TERAKHIR SAYA" - IQBAL



Menerusi muat naik di laman Instagram, usahawan kontroversi Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli telah meluahkan rasa sedih apabila ramai yang mengecam berhubung penyertaannya dalam Big Stage 2022 baru-baru ini.


Dalam pada itu, Iqbal berkata dia memaafkan semua pihak yang menghinanya. Iqbal pada masa sama turut berkata minggu kedua program tersebut merupakan persembahan terakhirnya sebelum mengambil keputusan mengundur diri di pentas Big Stage 2022.

"SAYA AKAN UNDUR DIRI, JANGAN RISAU. Untuk minggu kedua nanti, itu adalah minggu terakhir saya berada di pentas Big Stage. Biar apa yang terjadi, saya hanya ingin selesaikan tanggungjawab sahaja.

Klik untuk gambar besar



"Saya sedih, telah pun saya jujurkan, masih ramai menghina. Saya maafkan asal semua gembira. Tetapi tidak mengubah pendirian saya untuk berkata jujur.

"Berharap kalian semua sudi undi saya di hari persembahan saya nanti sebagai ucapan dan tanda bahawa Iqbal masih ada yang sudi berikan semangat," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: