10 February 2022

JANNA NICK TERIMA GANGGUAN - LELAKI HANTAR GAMBAR 'SIPUT SEDUT', DIEKORI SAMPAI KE RUMAH



"Sebagai seorang selebriti, terima gangguan serta godaan dari lelaki ini biasa, terpulang bagaimana kita hendak melaluinya. Jujur cakap kalau saya buka atau baca DM memang banyak benda pelik-pelik. Ada 'siput sedut' (alat sulit). Semua ada.


"Tapi terpulang kepada kita nak repost, nak tularkan atau sebagainya. Saya pula memilih untuk tidak mengendahkannya. Saya pernah diekori seorang lelaki yang menunggu di depan rumah saya dari jam 8 malam hingga 4 pagi.

"Rupanya lelaki yang selama ini DM saya dengan benda pelik berulang kali. Nasib baik selama ini saya tidak pernah berjalan seorang diri dan biasanya berdua atau ramai," kata pelakon dan pengacara Janna Nick yang mendedahkan dia menerima banyak gangguan berbaur lucah yang dihantar menerusi DM di akaun Instagram miliknya.

Menganggap ianya lumrah hidup sebagai selebriti, Janna berkata dia bersikap lebih matang serta mempedulikan perkara itu. Dalam pada itu, Janna mendedahkan dia pernah diganggu lelaki kurang siuman sehingga diekori sampai ke depan rumah.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: