10 February 2022

NAMA DIPETIK ISU VIDEO PELUK ANAK SHUIB & ARWAH SITI SARAH - INI RESPON WAN SHARMILA



"Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya... lebih kurang muka kami. Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya.


"Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti. Masa arwah meninggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu.

"Ada juga tegur-tegur biasa saja," ujar pelakon Wan Sharmila apabila namnya dipetik netizen, gara-gara sebuah video memperlihatkan anak perempuan kepada pelawak Shuib sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama '7 Hari Mencintaiku'. Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram arwah Siti Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

"Saya tak kisah pun nama dipetik... cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain. Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut. Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib... bagai langit dan bumi," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: