11 February 2022

"SAYA INGIN MOHON MAAF..." - PUTERI BALQIS HARAP MIA SARA TAK ULANGI PERBUATAN SAMA



"Jauh di lubuk hati, saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara. Saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan serta semua peminat dan penyokong awak. Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang.


"Jadi, saya tersinggung dengan salah satu komen secara terbuka mendakwa saya tidak dibesarkan keluarganya dengan baik. Itu adalah satu fitnah yang besar. Saya tidak menunjukkan kasih terhadap Tuhan menerusi gambar, sebaliknya menerusi puisi karangan saya dan tidak ramai menyedarinya.

"Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan ini dan saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing. Terima kasih," itulah kata pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, yang memohon maaf secara terbuka kepada rakan pelakonnya yang juga remaja, Mia Sara, 17, dan bapanya, Uncle Ridzuan di atas kenyataan balasnya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, hangat diperkatakan perbalahan antara dua pelakon remaja ini sejak dua hari lalu. Bagaimanapun, isu tersebut akhirnya terlerai apabila Balqis memohon maaf kepada Mia menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram,

Menurut Balqis, dia mengakui tersinggung dengan komen mendakwa dia tidak dibesarkan dengan baik serta menyifatkan ianya fitnah. Dalam pada itu, Balqis turut menasihati Mia supaya tidak mengulangi perbuatannya itu lagi serta berterima kasih dengan sokongan diberikan oleh peminat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: