11 February 2022

AKUI ITU ALAT UJIAN KEHAMILAN - INTAN SALLEH AKAN KONGSI BILA DAH BERJUMPA DOKTOR



Selepas kelihatan alat ujian kehamilan di atas meja sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Aizam Yahya di restoran mewah di sini, baru-baru ini, usahawan selebriti, Intan Saleh, 37, dikatakan hamil dan bakal menimang cahaya mata ketiganya.


Menerusi hantaran video berdurasi hampir dua minit itu, menunjukkan suaminya meniup kek ulang tahun kelahiran kemudian disusuli membuka hadiah yang berupa alat ujian kehamilan.

"Benar itu adalah alat ujian kehamilan, cuma saya belum berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada saya benar-benar berbadan dua. Selepas dapat kepastian nanti, pasti saya akan kongsi kepada semua.

"Saya merancang untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian pada minggu hadapan. Sekiranya hamil, pasti saya akan berkongsi kepada semua, cuma buat masa ini masih samar lagi.

Klik untuk gambar besar



"Malah, saya juga tidak pasti usia kandungan sekiranya benar hamil. Ramai juga yang menegur mengatakan pipi saya semakin berisi dan sebagainya. Mungkin juga kerana makan banyak kerana sekarang sudah ada peneman. Terima kasih di atas perhatian semua. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Terdahulu, menerusi ruangan Instagram Story, seorang kenalan berkongsi berita kehamilan itu dengan menulis 'baby bonda coming soon' yang turut diulang siar oleh Intan. Sementara itu di ruangan komen video itu, Intan dihujani dengan ucapan tahniah.

Untuk makluman, Intan mendirikan rumah tangga dengan Aizam pada 20 Disember tahun lalu. Intan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 6, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid sebelum sah bercerai pada 2018.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: