12 February 2022

JUMPA DOKTOR - FARAHDHIYA BIMBANG SIMPTOM KETUMBUHAN OTAK SELEPAS KERAP SAKIT KEPALA



"Ketika tempoh PKP, setiap hari saya rasa sakit kepala sehingga merasakan ada ketumbuhan pada otak. Saya terpaksa makan ubat setiap hari. Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu ia hanyalah disebabkan tekanan. Memang betul rasa tertekan kerana setiap hari berkurung di rumah sahaja ketika itu," cerita penyanyi Farahdhiya.


Jelas Farahdhiya, gara-gara terlalu lama duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ia akhirnya memberi kesan emosi kepadanya.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, memberitahu sepanjang waktu itu dia sering merasa sakit kepala sehingga terfikir dia mengalami ketumbuhan pada bahagian otak.

Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berakhir selepas industri seni kembali aktif. Menurut Farah, dia kini sibuk dengan pelbagai tawaran kerja dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang saya kembali aktif menerima tawaran bekerja dan tidak ada masa untuk diri sendiri. Jika ada hari cuti saya lebih suka duduk di rumah berehat dan tidak keluar berjumpa kawan-kawan," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Farah memberitahu dia tampil dengan lagu baharu berjudul 'Tewas' yang merupakan kolaborasi pertamanya dengan penyanyi rap asal Korea Selatan, Dennis.

Lagu ini menggabung tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea. Farahdhiya juga berharap dapat menembusi pasaran antarabangsa kerana lagu ini dirancang turut dipasarkan di Korea Selatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: