19 February 2022

POSITIF C0V1D - PENYAMPAI RADIO MOLEK FM, FIZIE ROSLAN & ISTERI JALANI KUARANTIN KENDIRI



Positif C0V1D... itulah yang dihadapi penyampai radio Molek FM, Fizie Roslan dan isterinya iaitu Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris apabila disahkan terkena wabak tersebut semalam.


Fizie berkata, dia bagaimanapun bersyukur apabila dua anaknya tidak mengalami nasib sama kerana mereka kini berada di Kelantan.

"Selepas dua tahun bertahan dan sedaya upaya melindungi diri, akhirnya saya tewas juga apabila dijangkiti C0V1D. Kalau sebelum ini saya sering mendengar cerita rakan-rakan dalam industri seni terkena jangkitan C0V1D, tapi kali ini terkena pada diri sendiri.

Klik untuk gambar besar



"Mujurlah dua anak berada di Kelantan bercuti dengan nenek mereka. Tak dapat bayangkan jika mereka berada bersama saya dan isteri," katanya.

Menurut Fizie, dia mula demam dan tidak sedap badan sejak Selasa lalu: "Saya rasa nak demam dan ingatkan hanyalah sakit biasa. Akhirnya, saya putuskan untuk buat ujian calitan menerusi khidmat klinik bergerak. Sekarang saya dan isteri akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari," jelasnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: