19 February 2022

BILA SAFIEY ILLIAS MAHU JUAL KERETA MUSTANG RM270,000



"Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya. Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu.


"Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding," demikianlah ujar usahawan kontroversi, Safiey Illias apabila dia mahu menjual kereta mewah Mustang dengan harga RM270,000, selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta.

Difahamkan, kereta tersebut dibeli Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, pada 2016. Safiey juga penyanyi lagu 'Syinta Gila' itu berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

"Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa. Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: