19 February 2022

"KITA TAHU APA YANG KITA LAKUKAN..." - ALI SEDIA DIKECAM, TIADA MASALAH DENGAN NETIZEN



"Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena. Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi.


"Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi. Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun," itulah kata pelawak Ali Puteh yang memberitahu dia tiada masalah serta bersedia untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di media sosial.

Dalam pada itu, Ali berkata dia tidak akan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, 30, telah menang kes saman fitnah selepas dua tahun dan Ali, 34, diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu.

Ali bagaimanapun bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: