19 February 2022

"AKHIRNYA TEWAS JUGA" - FIZZ FAIRUZ DISAHKAN POSITIF C0V1D



"Selama dua tahun jaga, tolak segala kemungkinan, namun, akhirnya tewas juga. Saya disahkan positif C0V1D. Ikutkan malas nak kongsi, tetapi macam tak seronok pula. Sebelum ini jumpa kawan-kawan, jadi kena beritahu juga, tidak mahu pentingkan diri.


"Setiap pagi buat ujian calitan, ingat kontak rapat saja. Selepas enam hari positif," tulis pelakon Datuk Fizz Fairuz yang reda apabila disahkan positif C0V1D, kelmarin, selepas hampir dua tahun bertahan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak daripada terkena jangkitan virus tersebut.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, dia djangkiti virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat mangsa C0V1D.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fizz, dia mengingatkan rakan-rakan atau mana-mana individu yang bertemu dengannya baru-baru ini untuk melakukan ujian saringan supaya dapat mengekang penularan wabak berbahaya itu.

"Kepada mereka yang jumpa saya sebelum ini, kalau ada simptom apa-apa pergilah jalani pemeriksaan. Varian sekarang tidak ada simptom pun, tahu-tahu sudah positif. Kita jaga, tapi nak kena nasiblah. Jadi pengajarannya saya tumpas selepas dua tahun bertahan," katanya.



Fizz yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah bagaimanapun bersyukur kerana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia dan empat anaknya disahkan negatif virus itu.

"Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif. Allah bantu permudahkan segala urusan. Kasihan 'my love' terpaksa jaga empat orang anak selama tujuh hari ini. Anggap sajalah saya bekerja luar daerah, tetapi anak-anak kacau juga ketuk pintu 'Assalamualaikum' lepas itu lari. Cute sangat," ujarnya.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3 dan Nur Afrina Aisyah, berusia dua bulan. Mereka juga mempunyai anak angkat, Afrina Darwisyah, 11.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: