17 February 2022

PUTERI BALQIS NAFI IBU ADA KAITAN DENGAN KETAGIHAN DADAH, MEMANG DARI DULU KURUS



"Apabila mereka cakap tentang addiction (ketagihan dadah) apa semua, saya cuma boleh cakap, ibu dari dulu orangnya memang kurus. Masalah metabolisme. Jadi, memang tiada kena mengena dengan addiction. Kalau bercakap dengan ibu, orangnya sangat indah. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat poetic (berpuisi).


"Jauh beza kalau nak disamakan dengan addiction. Sejak bila? Dan fitnah itu besar tapi saya tak boleh tutup mulut orang," jelas pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, yang memberitahu ibunya, Norashikin Mohd. Aziz sememangnya kurus sejak dahulu lagi dan tiada kaitan dengan ketagihan dadah seperti yang didakwa orang ramai.

Dalam pada itu, Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkata siapa lagi yang akan mempertahankan ibunya jika bukan dirinya. Ujarnya, dia tidak mahu jadi Balqis dulu yang gagal pertahankan ibunya.

"Saya akan lantangkan suara apabila netizen cakap, tak usah pertahankan ibu sangatlah, menjengkelkan dan sebagainya. Saya nak tanya, siapa lagi nak pertahankan kalau bukan saya? Saya sahaja yang ada dan saya akan terus pertahankan ibu.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak nak jadi Aqish yang dulu, yang gagal untuk pertahankan ibu kerana itu satu kesilapan besar. Jadi sekarang ini, saya tak kisah apa orang nak cakap, annoying (menjengkelkan) ke, itu ibu saya," katanya.

Meskipun ada segelintir pihak merasakan Balqis dipergunakan oleh ibunya namun pelakon itu berkata sudah menjadi tanggungawabnya sentiasa bersama ibu ketika susah senang. Menurut Balqis, biarpun apa terjadi ataupun ibunya dikecam teruk dia tetap akan mempertahankan syurganya itu.

"Sebab dia ibu kan. Ibu saya dikecam satu Malaysia, saya seorang sahaja yang akan mempertahankan dia. Siapa lagi. Kalau nak harapkan orang lain sebenarnya, ada sahabat-sahabat yang sentiasa berada dengan kami tapi mereka tak nak dengar. Jadi, saya yang akan lantangkan suara untuk ibu dan apabila ibu menulis, saya yang angkat kata-kata indah ibu sebab saya anak dia," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: