17 February 2022

DEDAH HIDAP TUMOR - AARON AZIZ DISARAN DOKTOR PERLU JALANI PEMBEDAHAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia kini menghidap penyakit tumor yang semakin membesar. Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.


Dalam hantaran tersebut, Aaron memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terpaksa menunda kerana komitmen kerja.

"90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa," katanya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Aaron mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut selain mendoakan agar pelakon yang berasal dari Singapura itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Terdahulu, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah dibahagian saraf sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: