16 February 2022

ISU BELA ANJING - JULIA FARHANA TAK AMBIL HATI, TERIMA TEGURAN



"Im not trying to justify my actions. I am not saying what Im doing is absolutely right. Far from it. I choose to do what was best for this abandoned dog in that situation at that time. If I could save every living being on the planet, I would. But I cant afford it. If each of us took in 1 abandoned child, abandoned cat, abandoned dog, this 1 gesture can make a huge difference.


"Saya terima semua teguran baik dengan hati terbuka, saya reflect balik dan cuba sebaik mungkin untuk jaga hati semua pihak. Doesnt julio deserve the same chance to life? Having said that, we all have choices and I choose to save this boy from being beaten on the streets, abandoned and left alone.

"For public figures to keluarkan statement, ulasan tanpa menghubungi saya, tanpa memahami situasi sebenar dan terus menghukum and judge saya dan keluarga saya really breaks my heart. Tapi saya terima because the way the situation was portrayed is very misleading.

"He (julio) has a place, a compound that is outside my house. Emphasis on outside. There is another entrance directly to my room, but he doesnt roam around the house freely and my close friends who has been to my house knows this very well. I am leaving this post here for those who are willing to be open, who wants to understand and have compassion for a being that is harmless and innocent to be loved, respected and cared for like anyone else out there.

Klik untuk gambar besar



"When I took him in, he wasnt in good shape or form. He was dirty, abandoned, and sick, but he grew into a cute, loving, loyal, obedient, healthy dog with the care and love me and my family gave him. I will reflect on this situation, no doubt my islamic knowledge is far from perfect and Im not trying hard enough but I will get there one day, with gods will.

"Terima kasih semua untuk teguran yang baik, saya cuba perbaiki apa yang saya mampu. Thank you, especially to those who were kind and loving. I appreciate it all," demikianlah tulis pelakon, Julia Farhana Marin, 28, yang enggan melatah, sebaliknya menerima setiap kritikan dengan hati terbuka, selepas dikecam setelah mengaku memelihara seekor anjing diberi nama Julio.

Biarpun ada segelintir netizen menyentuh soal peribadi termasuk membabitkan pegangan dan ajaran agama, Julia menerima semuanya secara positif. Julia berkata, biarpun menyedari banyak perbezaan daripada segi budaya, pemahaman agama dan penerimaan ramai terhadap apa yang dilakukan, dia perlu belajar menyesuaikan diri. Tambah pelakon Love In Lockdown ini, sebagai selebriti, sangat penting bagi dirinya jujur dan tidak hipokrit.



"Sejujurnya, saya terima semua teguran. Banyak lagi perkara saya perlu pelajari. Banyak yang saya belajar daripada masyarakat. Mereka suka tegur dengan cara baik. Saya lebih suka fokus kepada sisi positif dalam setiap situasi. Seperti apa yang berlaku, sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari dan saya tidak ambil hati.

"Saya memilih untuk cuba memahami dan menghormati masyarakat kita. Saya tinggal di Malaysia, jadi saya kena sesuaikan diri," katanya. Saya belajar untuk memahami masyarakat. Saya masih lagi belajar, setiap hari. Saya belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri tanpa kehilangan diri dalam proses itu.

"Apa yang tular membuatkan saya lebih matang. Alhamdulillah, saya tidak cepat melatah tetapi lebih kepada cuba memahami keadaan, persepsi dan pemahaman netizen. Di sebalik semua ini, saya sangat hargai usaha orang ramai untuk mengajar saya berbanding mengecam atas tindakan menyelamatkan Julio dan memberi peluang kepadanya untuk disayangi.

"Ini juga yang saya lakukan kepada tujuh kucing saya," ujar Julia yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu yang turut berkata, dia masih membuat kajian mengenai penjagaan anjing dan bertanya golongan arif mengenai hukum memelihara haiwan berkenaan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: