16 February 2022

"KITA JUMPA ADIK-BERADIK & KELUARGA DI SYURGA" - UCAPAN ZIANA SEMPENA HARI LAHIR ANUAR ZAIN BUAT RAMAI SEBAK



"Along doakan semoga angah dipanjangkan umur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik. Please stay as who you are today. Your good heart. Semua orang tahu itu. We all love you so so much. InsyaAllah kita jumpa adik beradik dan satu keluarga di syurga jannah.


"InsyaAllah, ameen," kata penyanyi dan pelakon Ziana Zain dengan nada sebak dimana beliau menitipkan doa semoga adiknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anuar Zain sentiasa berikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui berasa tersentuh dengan dedikasi yang dikongsikan oleh Ziana bersempena hari lahir Anuar di program radio, Santai Siang, Buletin FM.

Ziana sewaktu dihubungi difahamkan tidak dapat menahan air matanya ketika membicarakan mengenai hari istimewa adiknya itu. Menurut Haiza, dia sebenarnya tidak menyangka momen yang pada awalnya gembira berubah menjadi sedih.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Haiza turut merakamkan ucapan penghargaan buat penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu yang sudi meluangkan masanya untuk muncul di segmen radio kendaliannya. Katanya lagi, kedua adik beradik ini sememangnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang sangat utuh.

"Pagi tadi, Haiza whatsapp Kak Ziana @iamzianazain dan bagitau nak borak-borak on air sempena birthday Abang Nuar. Dalam pada sibuk tu,Kak Ziana sudi juga nak layan Haiza. Inilah dia kasih sayang daripada seorang kakak kepada seorang adik. Kak G, adik mintak maaf, tak berniat untuk buat akak menangis.

"Happy birthday Abg @anuarzain70 @anuarzainnetwork semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T," kongsinya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: