16 February 2022

IBU TERSEMBAM MASA SOLAT DISAHKAN ADA DARAH BEKU DI KEPALA - JUE AZIZ MOHON DOA



Malam semalam, ibu kepada pelakon Jue Aziz telah dikejarkan ke hospital selepas tangan sebelah kirinya berasa kebas dan tidak berdaya untuk mengangkatnya. Kata Jue sebelum itu, ibunya, Nor Asmah Mohd Nor, 71, tersungkur jatuh ketika sedang sembahyang.


"Sebenarnya dia ada tersungkur ketika solat semalam dan keadaan mak masa itu seperti tersembam mukanya. Dia kata tiada apa cuma mungkin terlalu letih. Malam tadi jam 10 dia beritahu tangan sebelah kirinya terasa kebas dan tak boleh angkat pula. Jadi abang saya terus bawa mak ke hospital," katanya yang sebelum ini membuat posting di laman Instagram meminta mendoakan kesihatan ibunya.

"Doakan mak Jue dipermudahkan urusan & diberikan kesembuhan.. Harap2 pendarahan beku mak xserious 😢. Now tgh tggu Doc pakar.. Semoga Doa2 kalian Allah membalas kebaikan smua Amin 🌹," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Kini ibunya perlu ditahan di Hospital Kuala Lumpur selepas doktor mengesahkan ada pendarahan beku di kepala yang menyebabkan 'mild stroke'. Jue yang menjaga ibunya yang sedang sakit terpaksa menolak tawaran berlakon yang sepatutnya memulakan penggambaran hari ini.

"Doktor sahkan ada darah beku di kepala dan tekanan darahnya agak tinggi sehingga menyebabkan 'mild stroke'. Sekarang ni doctor masih buat siasatan lagi dan mak perlu ditahan di wad. Sepatutnya hari ini mulakan penggambaran tetapi dah jadi macam ni saya reda mungkin ini rezeki saya dapat menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh, saya tahu dia kuat," ujarnya.

Menerusi entri Jue di Instagram lima hari lalu, ibunya kelihatan masih sihat dan ceria dalam sebuah video yang dimuat naik.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: