12 February 2022

SAKINAH TAPIS PENGIKUT, TAK TERIMA LELAKI: "KERJA SAYA JUAL BADAN, TUNJUK OTOT KENA TUNJUK AURAT"



"Saya akan tapis permintaan ya. Kalau laki (lelaki) saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat. Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu sila ikut," itulah kata pelakon Sharifah Sakinah yang enggan menerima permintaan menjadi rakan oleh kaum lelaki.


Hantaran dan kenyataan Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, di laman Instagran itu mendapat lebih 8,000 tanda suka. Tidak ketinggalan ia turut mendapat sokongan daripada kakaknya, Sharifah Shahirah serta rakan artis seperti Nad Zainal.

Terdahulu, Sakinah teruk dikecam warganet selepas memuat naik gambarnya menayangkan aurat apabila berpakaian seksi dan memuat naik gambar mencolok mata di media sosial.

Dia berbuat demikian sebaik selesai menghabiskan senaman. Antara foto yang pernah dipamerkan Sakinah adalah memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya 'manja' yang kurang disenangi pengikutnya. Ia sekaligus mengundang mereka meninggalkan komen berbaur kecaman pada hantaran pelakon itu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: